Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menyampaikan Taklimat Penyediaan Pelan Anti-Rasuah Organisasi (OACP) kepada warga kerja Lembaga Muzium Negeri Kedah pada 27 Jun 2024 bertempat di Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Gallery.
Sesi ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan berkenaan mekanisme pembangunan dan pelaksanaan CRA OACP. Selain itu, para peserta turut didedahkan dengan proses pembangunan konteks organisasi.
Taklimat ini telah disampaikan oleh Cik Nur Atia Shahirah Mustapha dan Puan Alida Mahmod, konsultan IIM.