Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menyampaikan Taklimat Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) kepada Jabatan Kesihatan Negeri Sabah di Hospital Queen Elizabeth II Kota Kinabalu, pada 15 April 2024.
Taklimat ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan meningkatkan kefahaman dalam pelaksanaan pembangunan OACP, mengenal pasti dan menilai risiko rasuah, integriti dan tadbir urus serta pelaksanaan inisiatif terhadap risiko yang telah dikenal pasti.
Sesi taklimat telah disampaikan oleh En. Muhamad Khairul Azmir Bin Mohd Paiz, Konsultan Pusat Integriti Sektor Awam, IIM.