IIM telah menyampaikan taklimat pada majlis Auditor Integrity Talk kepada peserta Kursus Ketua Juruaudit NIOSH Certification Sdn Bhd Negeri Johor dan Sabah.
Taklimat yang dihadiri oleh 18 orang peserta ini telah berlangsung secara dalam talian dan membincangkan perspektif vs realiti pengauditan, kod etika juruaudit serta isu-isu berkaitan integriti dalam pengauditan.
Taklimat ini disampaikan oleh Puan Wan Nabilah Binti Meor Mohd Jamil, Konsultan Pusat Integriti Sektor Pernigaan, Institut Integriti Malaysia.