Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengendalikan Seminar Ethics & Integrity untuk Commerce Dot Com Sdn Bhd (CDC) pada 5 Julai 2024. Seminar yang berlangsung secara atas talian ini telah dihadiri seramai 170 warga kerja CDC.
Seminar ini adalah bagi membina budaya integriti dan tingkah laku beretika dalam organisasi serta mengukuhkan dan memantapkan nilai-nilai murni dikalangan warga kerja CDC agar tidak melibatkan diri dalam salah laku integriti.
Seminar ini telah disampaikan oleh Puan Munah Abdul Aziz, Konsultan Pusat Integriti Sektor Awam, IIM.