26 Oktober 2024 7:50 am

Program Advokasi Governans dan Integriti – Kursus Tadbir Urus Badan Sukan 2024

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menyampaikan ceramah dalam Program Advokasi Governans dan Integriti – Kursus Tadbir Urus Badan Sukan 2024 bagi menyampaikan slot ceramah “Integriti Kepimpinan Dalam Badan Sukan” pada 21 September 2024 di Melaka.

Program ini julung-julung kalinya dianjurkan oleh Pejabat Persuruhjaya Sukan bersama-sama rakan strategik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Unit Audit Dalam Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Sesi ceramah ini telah dihadiri oleh memegang jawatan tertinggi dalam badan sukan di Melaka. Objektif ceramah ini adalah untuk memberikan kefahaman dan penghayatan kepada kepemimpinan badan-badan sukan mengenai agenda pembudayaan integriti. Juga perkongsian mengenai nilai-nilai murni yang perlu dihayati dan diamalkan oleh pemimpin badan sukan dalam meningkatkan kualiti kepimpinan yang berintegriti. Perkongsiaan ceramah turut merangkumi pengurusan tatakelola, isu governans berkaitan dengan amalan etika kepada pemegang jawatankuasa persatuan badan sukan.

Ceramah ini telah dikendalikan oleh Puan Zarina binti Mohamad Amin, Pengarah Pusat Pembangunan Integriti Komuniti (PPIK), IIM.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 18
JUMLAH PELAWAT : 211217

Pengiktirafan

Hubungi

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 26 Oktober 2024

Skip to content