20 September 2024 10:43 am

Pertemuan bersama Policy and Economics Affairs Centre of Malaysia (PEACE)

Institut Integriti Malaysia (IIM) yang diwakili oleh Ketua Pegawai Strategi, YBrs. Encik Hafizdi Che Md Akhir telah mengadakan pertemuan bersama Policy and Economics Affairs Centre of Malaysia (PEACE) yang diwakili oleh YBrs. Tuan Mohd Hassanal Bolqiah Mohd Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif pada 26 Jun 2024 di Putrajaya.

Pertemuan ini telah membincangkan kolaborasi bagi penerbitan buku koleksi teks ucapan YAB Perdana Menteri yang berkaitan integriti, tatakelola dan anti-rasuah, serta program-program yang boleh dilaksanakan bersempena Sambutan Bulan Integriti Nasional pada November akan datang.

Kedua-dua pihak juga berhasrat untuk meneruskan jalinan kerjasama strategik menerusi memorandum perjanjian (MoA) dalam masa terdekat.

Turut hadir dalam sesi perbincangan ini adalah Puan Norsheeda Din, Pengarah Bahagian Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, IIM.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 186
JUMLAH PELAWAT : 197926

Pengiktirafan

Hubungi

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 20 September 2024

Skip to content