17 September 2024 4:29 am

Perjumpaan bersama IIUM Leadership Centre, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan perjumpaan bagi merancang usahasama dengan IIUM Leadership Centre, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak pada 1 Ogos 2024.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Dr. Zurina Abdul Ghani, Timbalan Pengarah Kanan, IIUM Leadership Centre. Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan semula perancangan IIM-UIAM untuk menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) melalui beberapa program kerjasama.

Hasil perbincangan, IIUM Leadership Centre berminat untuk melaksanakan Penilaian IIP sebagai satu inisiatif dalam penambahbaikan UIAM Succession Planning Process bagi top talents dan International Language Conference (ILC) bagi ketua-ketua pelajar UIAM. Pelaksanaan ini adalah bagi mereka mempraktikkan Integriti dalam pelajar-pelajar UIAM.

Turut dibincangkan adalah kerjasama dalam beberapa projek di bawah Bahagian Penyelidikan dan Penilaian Integriti (BPPI) seperti lantikan Felo IIM bagi berkongsi kepakaran dan penerbitan berfokus kepada Integriti. Antara lain turut dibincangkan hasrat UIAM bagi kerjasama program/aktiviti/modul latihan mengenai Nilai dan Integriti dalam menyebarluar pembudayaan integriti di peringkat tempatan dan juga antarabangsa.

IIM telah diwakili oleh En. Izal Arif Zahrudin, Ketua Pegawai Operasi, Pn. Alice Suriati Mazlan, Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik dan Bitara, Pn. Norliana Ali Akbar, Pengarah Pusat Dasar dan Polisi, Pn. Nadzeerah Abdullah, Pengarah Bahagian Undang-Undang dan Pn. Norasikin Baharudin, Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Penilaian Integriti (BPPI).

Turut hadir ke mesyuarat ini ialah Pn. Aisha Nazura Rosli, Pegawai Tadbir (IIUM Leadership Centre).

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 3
JUMLAH PELAWAT : 196808

Pengiktirafan

Hubungi

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 17 September 2024

Skip to content