Institut Integriti Malaysia (IIM) bersama Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah mengadakan sesi perbincangan kerjasama pelaksanaan program Legasi Integriti Khazanah Alam (LeIKA) pada 31 Mei 2024 bertempat Ibu Pejabat JPSM.
Sesi pebincangan ini telah dihadiri oleh YBhg. Dato’ Mohd Rahim bin Rani, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi dan Teknikal) JPSM serta barisan pengarah dan pegawai dari Jabatan Perhutanan Negeri.
Kerjasama antara IIM dan JPSM ini juga bakal mewujudkan medium advokasi baharu yang lebih holistik dan interaktif ke arah pembudayaan integriti melalui penghargaan alam dan kepelbagaian diversiti.
IIM telah diwakili oleh Encik Izal Arif Zahrudin, Ketua Pegawai Operasi; Puan Alida Mahmod, Timbalan Pengarah Pusat Pembangunan Integriti Insan & Budaya (PPIIB) bersama dengan Pegawai PPIIB, Encik Khairul Aman selaku ketua program dan Encik Rahim Damanhuri, penyelaras program LeIKA.