8 September 2024 12:52 pm

Perbincangan dan tinjauan lokasi pelaksanaan program Legasi Integriti Khazanah Alam (LeIKA) bersama Jabatan Perhutanan Negeri Selangor

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan perbincangan dan tinjauan lokasi pelaksanaan program Legasi Integriti Khazanah Alam (LeIKA) bersama Jabatan Perhutanan Negeri Selangor pada 2 Julai 2024 bertempat di Taman Eko Rimba Sg. Tekala, Hulu Langat.

Antara yang dibincangkan termasuk garis masa pelaksanaan program dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian bagi program LeIKA. Program ini juga merupakan sebuah platform yang kukuh untuk mendidik masyarakat dan pencinta alam berkaitan integriti dalam penjagaan diversity di Malaysia.

Perbincangan yang diketuai oleh YBrs. Abdul Nasir bin Ismail, Ketua Penolong Pegawai Hutan, Seksyen Hutan Lipur, Eco-Park & Taman Negeri, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor ini turut dihadiri oleh barisan Ranger Hutan Sg. Tekala dari Jabatan Perhutanan Negeri Selangor.

IIM telah diwakili oleh Encik Muhamad Khairul Aman, Pegawai Pusat Pembangunan Integriti Insan & Budaya dan Encik Rahim Damanhuri selaku pelaksana program LeIKA.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 88
JUMLAH PELAWAT : 194499

Pengiktirafan

Hubungi

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 8 September 2024

Skip to content