Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan perbincangan bersama YBhg. Prof. Madya Dr. Azizi bin Ab Aziz dari Universiti Utara Malaysia (UUM) di Menara Integriti, Institut Integriti Malaysia pada 27 September 2024.
Sesi perbincangan ini bertujuan untuk membincangkan, meneroka dan mengenalpasti potensi integrasi teknologi Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence) dalam operasi dan perkhidmatan IIM.
Ketua Pegawai Sektor Operasi, Encik Izal Arif bin Zahrudin, telah mengetuai sesi perbincangan ini. Turut hadir pada perbincangan ini adalah Pengarah, Timbalan Pengarah, Konsultan serta Penolong Pegawai dari Pusat Pembangunan Integriti Insan dan Budaya, Pusat Pembangunan Integriti Komuniti, Pusat Integriti Sektor Swasta, Pusat Integriti Sektor Awam dan Bahagian Teknologi Maklumat.