7 September 2024 3:08 am

Perbincangan bersama Unit Integriti Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang

Institut Integriti Malaysia (IIM) melalui Pusat Pembangunan Integriti Komuniti (PPIK) telah mengadakan perbincangan secara dalam talian bersama Unit Integriti Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang pada 4 Julai 2024.

Perbincangan ini diadakan untuk membincangkan gerak kerja bagi penganjuran Seminar Community Integrity Building (CIB) Peringkat Negeri Pahang yang dijadualkan akan berlangsung pada 6 Ogos 2024. Seminar CIB peringkat Negeri Pahang akan mengumpulkan wakil-wakil dari 11 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terdiri daripada Ahli Majlis, Pegawai-Pegawai PBT dan juga dari pihak kontarktor yang terpilih.

Fokus utama seminar adalah untuk memberi pendedahan melalui perkongsian kejayaan pelaksanakan Program CIB dari panel yang telah dilantik untuk menarik minat lebih banyak PBT khususnya di peringkat negeri Pahang.

Sesi perbincangan telah diketuai oleh Puan Zarina Mohamad Amin, Pengarah Pusat Pembangunan Integriti Komuniti (PPIK) manakala Pihak SUK Pahang diwakili Puan Nurul Syahida Hawalis, Penolong Setiausaha Unit Integriti.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 4
JUMLAH PELAWAT : 194283

Pengiktirafan

Hubungi

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 7 September 2024

Skip to content