29 Disember 2024 8:07 am

Pembentangan kajian Tahap Integriti Mahasiswa dan Persepsi Mahasiswa Terhadap Tata Kelola Universiti

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah melaksanakan satu kajian Tahap Integriti Mahasiswa dan Persepsi Mahasiswa Terhadap Tata Kelola Universiti. Pembentangan kepada panel-panel pakar yang terdiri daripada pensyarah universiti awam dan swasta serta Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah diadakan baru-baru ini.

Tujuan pembentangan ini adalah untuk mendapatkan pandangan panel-panel pakar agar pelaporan kajian dapat ditambahbaik serta lebih komprehensif. Pembentangan ini telah dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, IIM, YBrs.Tuan Haji Rahman Mohd Din dan di hadiri oleh Ketua Pengarah Sektor Strategi dan Bahagian Penyelidikan IIM.

Antara panel-panel yang telah hadir adalah Dr. Nur Raihan Che Nawi, Universiti Putra Malaysia (UPM); Assoc. Prof Dr. Bity Salwana Alias, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM); Dr. Norizan Haji Azizan, Universiti Utara Malaysia (UUM); Prof. Dr. Cordelia Mason, UniKL; dan Assoc. Prof. Dr Azlan Ali, Management and Science University (MSU).

Manakala, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah diwakili oleh Puan Masriyanti Rekkeman dari Bahagian Metodologi dan Penyelidikan; dan Puan Nur Azah Afnan Hanafiah dari Bahagian Perangkaan Tenaga Manusia dan Sosial.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 47
JUMLAH PELAWAT : 244296

Pengiktirafan

Hubungi

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 29 Disember 2024

Skip to content