28 April 2025 3:48 am

Portal Rasmi

INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA

Kalendar

Facebook Feeds

Institut Integriti Malaysia
Institut Integriti Malaysia2 days ago
Tahukah anda bahawa masyarakat berperanan besar dalam mencegah rasuah dan memupuk integriti di peringkat akar umbi?

Pembangunan Integriti Bersama Komuniti (CIB) ialah sebuah pendekatan yang diiktiraf oleh United Nations Development Programme (UNDP) sebagai alat berkesan untuk membina budaya integriti dan pemantauan antirasuah melalui penglibatan masyarakat.

💡 Antara Objektif Pelaksanaan CIB:

✅ Mengukur keberkesanan peranan pihak-pihak berkepentingan (Pegawai Awam, Kontraktor & Masyarakat) dalam menjamin perkhidmatan berkualiti di kawasan terpilih
✅ Mengenal pasti satu kaedah / formula berdaya maju (sistematik) bagi meningkatkan integriti perkhidmatan awam
✅ Mendidik dan merakyatkan pembudayaan agenda integriti komuniti

Hubungi kami sekarang untuk mengetahui lebih lanjut tentang CIB serta produk dan perkhidmatan di IIM.

✉️ [email protected]

#CommunityIntegrityBuilding
#PembangunanIntegritiBersamaKomuniti
#InstitutIntegritiMalaysia
#ProdukdanPerkhidmatanIIM
Institut Integriti Malaysia
Institut Integriti Malaysia3 days ago
𝗦𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁𝗮𝗻 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗕𝘂𝗸𝘂 𝗱𝗮𝗻 𝗛𝗮𝗸 𝗖𝗶𝗽𝘁𝗮 𝗦𝗲𝗱𝘂𝗻𝗶𝗮: 𝗜𝗜𝗠 𝗦𝗲𝗺𝗮𝗿𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗕𝘂𝗱𝗮𝘆𝗮 𝗠𝗲𝗺𝗯𝗮𝗰𝗮

Sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia yang disambut pada 23 April setiap tahun, Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menganjurkan Program Jom Baca Bersama 10 Minit bertemakan “Nikmati Saat Ini” pada 23 April 2025 bertempat di Knowledge Management Centre (KMC), IIM.

Program ini telah diselaras oleh Bahagian Penerbitan dan Pengurusan Ilmu (BPI) dan disempurnakan oleh Puan Norasikin binti Baharudin, Ketua Pegawai Sektor Strategi (T). Kehadiran warga kerja IIM dalam program ini amat menggalakkan, sekali gus menyemarakkan lagi semangat cintakan ilmu. Menariknya, program ini turut bertepatan dengan sambutan Ulang Tahun IIM yang ke-21, menjadikan acara ini lebih bermakna dan istimewa.

Sebagai sokongan kepada inisiatif Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dalam memperkukuh budaya membaca di peringkat nasional, pelbagai pengisian turut diadakan termasuk Pertandingan Video Ulasan Buku yang mendapat penyertaan kreatif daripada warga IIM sendiri. Hadiah dan sijil penyertaan telah disampaikan kepada para pemenang sebagai penghargaan atas usaha dan komitmen mereka.

Pelaksanaan program ini diharap dapat menjadi pemangkin dalam memperkukuh kesedaran tentang kepentingan membaca, khususnya dalam kalangan warga IIM, serta menyumbang kepada pembinaan masyarakat Malaysia yang berpengetahuan dan berbudaya ilmu.

#InstitutIntegritiMalaysia
#KomitedMembudayakanIntegriti
#MalaysiaMADANI
#jombacabersama10minit2025
Institut Integriti Malaysia
Institut Integriti Malaysia3 days ago
Institut Integriti Malaysia (IIM) telah melaksanakan Latihan Ethics & Integrity (E&I) siri 1/2025 anjuran Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS), Jabatan Premier Sarawak pada 22 April 2025. Sesi latihan telah dihadiri seramai 35 peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai pelbagai kementerian, agensi dan jabatan Sarawak.

Objektif latihan ini adalah untuk memperkukuhkan kefahaman dan penghayatan prinsip-prinsip integriti, etika kerja serta kepentingan mengekalkan akauntabiliti dalam melaksanakan tugasan sebagai penjawat awam selaras dalam membudayakan amalan terbaik di organisasi secara optimum.

Sesi latihan ini telah disampaikan oleh Puan Munah Abdul Aziz dan Cik Nur Atia Shahirah Mustapha, Konsultan Pusat Integriti Sektor Awam, IIM.

Notis & Pemakluman

Pelbagai Pilihan Produk

Produk di Institut Integriti Malaysia

Modul Latihan Seksyen 17A Akta SPRM 2009 dan Tatacara Mencukupi

Integrity Assessment Tool (IAT)

Ethics and Integrity Training Programme (E&I)

Modul Kursus Komprehensif Sistem Integriti Koporat Malaysia (CISM)

Pembangunan Integriti Bersama Komuniti

Do The Right Thing (DTRT)

Individual Integrity Profile (IIP)

Pelan Antirasuah Organisasi (OACP)

Modul Integriti Penguatkuasa (MIP)

Kursus Penilaian Risiko Rasuah (CRA)

Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS)

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 6
JUMLAH PELAWAT : 280627

Pengiktirafan

Hubungi

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 28 April 2025

Skip to content