Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menganjurkan program Modul Integriti Penguat Kuasa (MIP-X) Integrity Team Bonding kepada Perbadanan Putrajaya pada 10 hingga 12 Mei 2024 bertempat di Gopeng Highland Resort, Perak.
Program ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai Penguat Kuasa Perbadanan Putrajaya (PPj) dari bahagian Operasi, Bilik Gerakan, Pengurusan Trafik dan Keselamatan Pejabat. Turut hadir bersama mengikuti perjalanan program iaitu En. Mohd Fauzi bin Ismail, Pengarah Bahagian Penguat Kuasa dan Keselamatan serta En. Wan Sabarudin bin Wan Ahmad, Ketua Unit Integriti PPj.
Objektif program ini adalah untuk meningkatkan kefahaman pegawai penguat kuasa mengenai kepentingan integriti untuk diri, organisasi dan negara. Antara lain adalah untuk meningkatkan kefahaman dan iltizam para pegawai penguat kuasa agar tidak melibatkan diri dalam perbuatan rasuah, salah guna kuasa dan perkara seumpamanya.
Program ini telah dikendalikan oleh En. Abdul Rahim Ahmad Damanhuri, En. Fison Hamdi Ahmad, En. Zubayry Abady Sofian, En. Muhammad Khairul Aman Baharum dan En. Muhammad Azlan Mohamed Lazim, Fasilitator IIM.