YBhg. Datuk Nor Yahati binti Awang, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IIM telah mempengerusikan mesyuarat penutup sesi Audit Pensijilan semula (Recertification Audit) dan menyambut baik hasil penemuan audit serta cadangan penambahbaikan dari Juruaudit SIRIM QAS.
SIRIM QAS International Sdn Bhd telah melaksanakan sesi Audit Pensijilan Semula ke atas Institut Integriti Malaysia (IIM) dari 8 hingga 10 Januari 2024.
Tujuan Audit Pensijilan Semula ini ialah untuk menilai komitmen dan pematuhan berterusan IIM terhadap keperluan-keperluan piawaian MS ISO 9001:2015 (Quality Management System) dan MS ISO 37001:2016 (Anti Bribery Management System).
Audit ini telah diketuai oleh Puan Asiyah binti Haron (Ketua Audit ABMS) dan Encik Md Jaafar bin Md Jani (Ketua Audit QMS). Hasil penemuan audit juga mendapati tiada sebarang ketidakakuran dalam prosedur kerja di IIM.
Pengurusan Kanan IIM turut bersama dalam mesyuarat penutup sesi audit tersebut.