19 September 2024 7:27 am

Mesyuarat penganjuran 4th International Conference on Government and Public Affairs 2025 (4th ICOGPA 2025)

Institut Integriti Malaysia (IIM) dan School of Government, Universiti Utara Malaysia (SOG UUM) telah menghadiri satu mesyuarat bagi membincangkan kaloborasi dalam penganjuran 4th International Conference on Government and Public Affairs 2025 (4th ICOGPA 2025) yang dijangka akan diadakan pada Mei 2025 depan di UUM, Sintok Kedah.

Kedua-dua pihak turut membincangkan pelaksanaan Memorandum of Understanding (MoU) antara IIM-UUM yang akan diadakan pada Januari 2025. MoU ini akan dapat meningkatkan lagi pelbagai gerak kerja kolaborasi termasuk pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif IIM sebagai CEO @ Fakulti dan juga pewujudan Kursi Ketua Setiausaha Negara (KSN).

Mesyuarat turut membincangkan kerjasama dalam pembangunan modul bagi kursus kepada ejen hartanah. Kursus ini akan menjadi asas kepada ejen hartanah dan syarikat korporat dalam memahami tindakan yang boleh dilakukan untuk melaksanakan Tatacara Mencukupi di organsasi masing-masing sebagai usaha peningkatan integriti dan tatakelola.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Encik Mohd Hafizdi Che Md Akhir, Ketua Pegawai Sektor Strategik IIM. Delegasi SOG UUM telah diketuai oleh Prof. Madya PMgr.Sr. Dr. Mohamad Sukeri Khalid, Dekan Pusat Pengajian Kerajaan bersama pensyarah-pensyarah dari pusat pengajian yang sama.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 26
JUMLAH PELAWAT : 197328

Pengiktirafan

Hubungi

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 19 September 2024

Skip to content