Majlis ‘Clock In’ YBrs. Tuan Haji Rahman bin Mohd Din, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Integriti Malaysia (IIM) yang baharu telah diadakan pada 24 Jun 2024 bertempat di IIM, Putrajaya.
Majlis turut diserikan dengan Sesi Ramah Mesra bersama seluruh warga IIM. Beliau telah menzahirkan rasa penghargaan buat warga kerja IIM yang sentiasa komited membudayakan pengamalan integriti dan tadbir urus baik negara.
Beliau turut berharap agar penerapan nilai-nilai integriti dapat disemai erat dalam diri setiap warga kerja IIM khususnya ketika menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan sejajar dengan nilai teras Malaysia MADANI untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berintegriti.