Warna putih yang mendasari tulisan menggambarkan integriti yang suci, bersih dan tidak dicemari.
Warna hitam menggambarkan permasalahan integriti yang berlaku dalam diri mahupun negara.
Garisan putih lurus menggambarkan bahawa agenda integriti perlu diteruskan walau apa jua halangan. Ia juga membawa maksud tiada bengkang-bengkok dalam mengamalkan integriti.
Perkataan INTEGRITI menggunakan huruf besar iaitu mesej utama yang ingin disampaikan.
Di bawah perkataan INTEGRITI diletakkan nama Institut Integriti Malaysia iaitu agensi yang diamanahkan untuk mengkoordinasi, menyelaras dan memantau agenda integriti negara.
Terjemahan Institut Integriti Malaysia dalam Bahasa Inggeris diletakkan dalam usaha menyebar luas agenda INTEGRITI ke arena antarabangsa.