IIM merakamkan ucapan terima kasih kepada Tech Food Ingredients Sdn Bhd di atas jemputan lawatan ke premis operasi dan berkongsi amalan pembudayaan integriti, tata kelola dan antirasuah di syarikat berkenaan.
Sesi lawatan ini di sambut baik oleh Tuan R.Narendranath, Pengarah Tech Food Ingredient Sdn Bhd. Agenda lawatan meliputi beberapa pembentangan mengenai amalan integriti, antirasuah dan tata kelola di syarikat yang disampaikan dalam bentuk visual.
Delegasi IIM terdiri daripada En.Izal Arif Zahrudin, Ketua Pegawai Operasi; En.Ahmad Yusri Ahmad Rozalan, Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat; dan Pn.Maisyarah Mansoruddin, Timbalan Pengarah Bahagian Audit Dalam dan Governans.