Institut Integriti Malaysia (IIM) telah melaksanakan Latihan Ethics & Integrity (E&I) Siri 2 bersama E-Commerce Dot Com pada 20 Jun 2024 bertempat di Petaling Jaya, Selangor.
Latihan ini bertujuan untuk menerapkan konsep Etika dan juga Integriti dalam menjalankan tugas serta pendekatan yang boleh dijalankan bagi mewujudkan persekitaran yang berintergiti tinggi. Latihan ini juga mendapat kerjasama baik daripada peserta yang sekali gus dapat menerapkan kemahiran komunikasi dan pergaulan dalam kalangan peserta.
Sesi latihan ini telah dikendalikan oleh Encik Ruben Raj dan Encik Mohammad Khairul Azwan, Konsultan IIM.