27 Disember 2024 5:44 am

Latihan Ethics & Integrity (E&I) anjuran Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS) Jabatan Premier Sarawak

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah melaksanakan sesi Latihan Ethics & Integrity (E&I) anjuran Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS) Jabatan Premier Sarawak pada 18 hingga 19 April 2024.

Sesi latihan yang diadakan di Bintulu, Sarawak ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai dari pelbagai kementerian, agensi dan jabatan.

Latihan ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kefahaman berkenaan proses kesedaran kendiri, proses membuat keputusan secara beretika dan berintegriti. Program latihan ini juga turut menyentuh pembudayaan etika dan integriti yang perlu dimiliki oleh sesebuah organisasi dan kesan akibat salah laku rasuah.

Sesi latihan ini telah disampaikan oleh En Ruben Raj Samuel, Penolong Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik dan Bitara dan dibantu oleh Muhamad Khairul Aman Baharum, Penolong Pengarah Pusat Pembangunan Integriti Insan & Budaya, IIM.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 10
JUMLAH PELAWAT : 244009

Pengiktirafan

Hubungi

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 27 Disember 2024

Skip to content