Institut Integriti Malaysia (IIM) telah melaksanakan Latihan Do The Right Thing (DTRT) bersama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) pada 27 Jun 2024. Sesi latihan yang diadakan di Petaling Jaya ini telah dihadiri oleh wakil pengurusan YaPEIM.
Objektif latihan ini adalah untuk membimbing peserta dengan mengaplikasikan konsep Do The Right Thing dalam menjalankan tugas sebagai warga kerja YaPEIM serta memupuk potensi peserta menjadi warga kerja yang berintegriti dalam membudayakan amalan terbaik integriti di organisasi secara optimum.
Sesi latihan telah disampaikan oleh Pn Munah Abdul Aziz, Konsultan Pusat Integriti Sektor Awam dan En Muhammad Afiq Zharfan Ibrahim, Konsultan Pusat Pembangunan Integriti Komuniti, IIM.