Institut Integriti Malaysia (IIM) telah selesai melaksanakan sesi Latihan Do The Right Thing (DTRT) bagi Unit Integriti Dan Ombudsman Sarawak, Jabatan Premier Sarawak pada 23 dan 24 Mei 2024. Sesi latihan yang berlangsung di Kuching, Sarawak ini telah dihadiri oleh para wakil pengurusan daripada pelbagai agensi.
Latihan ini adalah bertujuan untuk memupuk potensi peserta menjadi warga kerja yang berintegriti dalam membudayakan amalan terbaik integriti di organisasi secara optimum. Sehubungan dengan itu, latihan ini juga membimbing peserta dengan konsep Do The Right Thing seperti mengaplikasikan ‘Bell-Book-Candle’ dan Model A-C-S-T dalam membuat keputusan dengan wajar.
Sesi latihan telah disampaikan oleh Puan Munah Abdul Aziz dan Cik Nur Atia Shahirah Mustapha, Konsultan Pusat Integriti Sektor Awam.