Institut Integriti Malaysia (IIM) menyampaikan ceramah bertajuk “Integriti dan Etika: Ubat salah, timbul masalah” bersempena Kursus Pemantapan Etika dan Integriti bagi anggota Perkhidmatan Farmasi Negeri Selangor pada 26 September 2024.
Ceramah yang diadakan di Shah Alam ini telah dihadiri oleh wakil -wakil dari pelbagai bahagian dan agensi dibawahnya.
Objektif ceramah ini adalah untuk memberikan pendedahan dan kesedaran berkenaan Integriti, Etika dan Akauntabiliti dalam agenda pemantapan integriti.
Ceramah telah disampaikan oleh Pn Shafinas Daud, Konsultan Pusat Integriti Sektor Awam.