20 September 2024 12:26 pm

Kursus Modul Integriti Penguat kuasa Sarawak (MIPS) anjuran Unit Integriti Dan Ombudsman Sarawak, Jabatan Premier Sarawak

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah melaksanakan Kursus Modul Integriti Penguat kuasa Sarawak (MIPS) anjuran Unit Integriti Dan Ombudsman Sarawak, Jabatan Premier Sarawak pada 20 Jun 2024. Kursus yang berlangsung di Sri Aman, Sarawak ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai penguat kuasa Sarawak.

Kursus ini bertujuan untuk memperkukuhkan kefahaman dan penghayatan prinsip-prinsip integriti, etika kerja serta kepentingan mengekalkan akauntabiliti dalam melaksanakan tugasan sebagai pegawai penguat kuasa serta meningkatkan iltizam pegawai penguat kuasa agar tidak melibatkan diri dalam salah laku integriti bagi mengekalkan reputasi agensi penguatkuasaan di Sarawak.

Sesi ini telah dikendalikan oleh Puan Munah Abdul Aziz, Konsultan Pusat Integriti Sektor Awam dan Encik Nabil Eiman Azman, Timbalan Pengarah Pusat Integriti Kewangan dan Teknologi, IIM.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 230
JUMLAH PELAWAT : 197970

Pengiktirafan

Hubungi

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 20 September 2024

Skip to content