8 September 2024 11:35 am

Kursus Do The Right Thing (DTRT) bagi Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah melaksanakan Kursus Do The Right Thing (DTRT) bagi Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada 4 Julai 2024.

Sesi latihan ini telah dihadiri oleh warga kerja daripada Kumpulan Pelaksana dan Sokongan MBPJ. Turut hadir pada sesi ini, Datuk Hj. Mohamad Zahri Bin Hj. Samingon, Datuk Bandar MBPJ.

Tujuan latihan ini adalah untuk meningkatkan akauntabiliti dan memperkukuhkan amalan integriti dan tata kelola terbaik dalam kalangan warga kerja MBPJ serta meningkatkan kefahaman dan penghayatan sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terhadap nilai integriti dalam membudayakan etika kerja dalam MBPJ.

Sesi latihan ini telah disampaikan oleh Puan Munah Abdul Aziz, Konsultan Pusat Integriti Sektor Awam, IIM.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 74
JUMLAH PELAWAT : 194485

Pengiktirafan

Hubungi

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 8 September 2024

Skip to content