Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menerima kunjungan hormat dari Sekretariat Rakan Integriti Mahasiswa, Universiti Sains Islam Malaysia (SRIM USIM) pada 12 Jun 2024 bertempat di Bilik Persidangan Dinamik, Kompleks Setia Perdana 1, Putrajaya.
Objektif utama kunjungan ini adalah untuk mengaktifkan kembali SRIM yang sememangnya dibawah naungan IIM sejak Pelan Integriti Nasional (PIN) dilancarkan pada tahun 2004. SRIM juga boleh bertindak sebagai badan untuk memperkasa pembudayaan integriti negara dalam kalangan mahasiswa.
Delegasi SRIM USIM telah diwakili oleh Saudara Muhammad Syafiq Aiman Mohd Fitri, Presiden SRIM. IIM telah diwakili oleh Encik Mohd Hafizdi Che Mohd Akhir, selaku Ketua Pegawai Strategi yang mempunyai penglibatan aktif dalam SRIM sejak awal penubuhan.
Semoga SRIM USIM dapat meneruskan usaha murni ini agar dapat membentuk kesedaran bahawa pentingnya untuk membudayakan integriti selari dengan aspirasi Kerajaan MADANI iaitu menjadikan Malaysia sebuah negara yang progresif serta melahirkan generasi belia berintegriti.