Institut Integriti Malaysia (IIM) menerusi Pusat Pembangunan Integriti Komuniti (PPIK) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ahli IIM, YBhg. Profesor Dr. Sarjit Singh A/L Darshan Singh pada 13 Ogos 2024 bertempat di Fakulti Ekologi, Universiti Putra Malaysia (UPM).
Sesi kunjungan yang diketuai oleh Pengarah Pusat PPIK, Puan Zarina binti Mohamad Amin bertujuan bagi mendapatkan panduan dan pandangan berkenaan Program Pembangunan Integriti Bersama Komuniti atau Community Integrity Building (CIB).
Antara lain turut dibincangkan adalah cadangan koloborasi kepakaran program komuniti yang dimiliki YBhg Prof. dalam bidang komuniti seperti khidmat tenaga pakar dan perkongsian artikel bagi bidang yang berkaitan.
IIM turut diwakili oleh En. Meor Shahram Faiz bin Mieor Shariman, Timbalan Pengarah Pusat Pembangunan Integriti Komuniti.