YBhg. Datuk Nor Yahati binti Awang, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IIM telah mengadakan Kunjungan Hormat kepada Dr Muhammad Mohan, Presiden Transparency International Malaysia (TI-M) pada 26 Februari 2024 di Petaling Jaya, Selangor.
Agenda utama kunjungan hormat ini diadakan adalah bagi berkongsi inisiatif IIM dalam usaha pembudayaan nilai integriti dan tatakelola baik di Malaysia. Antara lain turut dibincangkan cadangan kerjasama penganjuran Konvensyen Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM) serta memperkenalkan CISM kepada rakan strategik TI-M.
Turut hadir dalam sesi kunjungan tersebut adalah Encik Izal Arif bin Zahrudin, Ketua Pegawai Operasi serta Pengurusan Tertinggi IIM. Manakala TI-M diwakili oleh Eulis Rachmatiah dan Chuah Yean Ping yang merupakan Ahli Jawantankuasa TI-M.