24 November 2024 3:45 pm

Kunjungan hormat ke Pejabat Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA)

Pada 9 September 2024, Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) pada pada 9 September 2024.

Kunjungan ini bertujuan untuk membincangkan inisiatif-inisiatif kerjasama yang berpotensi antara IIM dan MITRA bagi memperkukuhkan nilai integriti dalam kalangan masyarakat India di Malaysia.

Objektif utama kunjungan ini adalah untuk membincangkan pelaksanaan program-program seperti Inisiatif Integriti Peribadi (IIP), Program Community Integrity and Social Management (CISM), serta latihan “Do The Right Thing” (DTRT) dan Etika & Integriti (E&I) yang akan disasarkan kepada kakitangan MITRA.

Perbincangan ini diharapkan dapat membuka ruang kepada lebih banyak kolaborasi yang bermakna antara IIM dan MITRA dalam usaha memupuk budaya integriti dan etika yang tinggi khususnya dalam kalangan masyarakat India di Negara Malaysia.

Kunjungan ini telah diketuai oleh Ketua Pengarah MITRA, Encik Prabagaran A/L Ganapathy. IIM pula telah diwakili oleh Encik Mohd Rais, Pengarah Pusat Integriti Sektor Perniagaan, dan Encik Ruben Raj, Konsultan Pusat Integriti Sektor Perniagaan (PISP).

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 154
JUMLAH PELAWAT : 225169

Pengiktirafan

Hubungi

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 24 November 2024

Skip to content