Pusat Pembangunan Integriti Komuniti (PPIK), Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan kunjungan hormat ke Institut Kemajuan Desa (INFRA) pada 25 Mac 2024.
Kunjungan ini adalah untuk membincangkan pengisian Kursus MyDesa, modul berkaitan komuniti dan penambahbaikan modul Integriti INFRA.
Selain itu, pihak IIM juga telah mengadakan lawatan fasiliti yang tersedia di INFRA bagi tujuan gunasama.
Delegasi IIM diketuai oleh Encik Meor Shahram Faiz bin Mieor Shariman, Timbalan Pengarah PPIK dan turut dihadiri oleh pegawai PPIK manakala INFRA telah diketuai oleh Tuan Haji Abdul Rahim bin Omar Baki, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Desa dan Pemerkasaan Komuniti.