YBhg. Datuk Nor Yahati binti Awang, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IIM telah mengadakan Kunjungan Hormat ke atas YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) pada 24 Januari 2024.
Kunjungan hormat ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan kerjasama dan persefahaman serta membincangkan aktiviti-aktiviti bersama yang boleh memperkasa agenda integriti dan tata kelola baik disetiap lapisan masyarakat.
IIM turut menzahirkan ucapan tahniah dan selamat maju jaya atas perlantikan YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) yang baharu.