17 September 2024 4:15 am

Kunjungan hormat daripada Majlis Pegawai Integriti Universiti Awam (MPIUA)

YBrs. Tuan Haji Rahman Mohd Din, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menerima kunjungan hormat daripada Majlis Pegawai Integriti Universiti Awam (MPIUA) pada 29 Julai 2024.

Sesi kunjungan yang diketuai oleh Pengerusi MPIUA, En. Mohd Hafiz Ramlee ini telah membuka ruang kepada kedua-dua pihak untuk berbincang mengenai potensi kerjasama dalam menyebarluas pembudayaan integriti di peringkat Universiti.

Antara lain turut dibincangkan inisiatif silang kepakaran antara IIM dan Universiti Awam khususnya dalam aspek konsultasi dan penerbitan yang berteraskan kepada nilai integriti. Pada sesi ini juga, pelbagai perkongsian perkhidmatan telah dibincangkan antaranya seperti Sistem Pengurusan Anti Rasuah (ABMS); Penilaian Invidual Integrity Profile (IIP) dan Sistem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE).

Kunjungan hormat ini juga telah disertai oleh En. Mahummar Gadaffi Sorilaut Omar, Ketua Pegawai Korporat; En. Izal Arif Zahrudin, Ketua Pegawai Operasi dan En. Mohd Hafidzi Che Md Akhir, Ketua Pegawai Strategi.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 3
JUMLAH PELAWAT : 196808

Pengiktirafan

Hubungi

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 17 September 2024

Skip to content