Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menerima kunjungan hormat daripada Bank Muamalat Malaysia Berhad pada 9 September 2024.
Delegasi Bank Muamalat diketuai oleh Encik Mohd Yaakub bin Mohd Yunus, Ketua Pegawai Operasi, Ketua Non-Retail Deposit. Pertemuan ini bertujuan untuk membincangkan kerjasama strategik antara IIM dan Bank Muamalat. Antara perkara yang dibincangkan termasuklah cadangan-cadangan program kesedaran perancangan kewangan untuk warga IIM.
IIM diwakili oleh Tuan Haji Rahman bin Mohd Din, Ketua Pegawai Eksekutif, bersama-sama dengan pasukan pengurusan tertinggi. Antara yang hadir ialah Encik Mahummar Gadaffi Sorilaut bin Omar, Ketua Pegawai Sektor Korporat; Encik Harisham bin Ibrahim, Pengarah Bahagian Pentadbiran; Puan Nabilatul Husna binti Hamid Khan, Pengarah Bahagian Kewangan dan Akaun; serta Puan Noor Hassikin binti Mohamad Rais, Timbalan Pengarah Bahagian Kewangan dan Akaun.
Delegasi Bank Muamalat turut disertai oleh Encik Ahmad Fadhil Adnan, Pengurus Cawangan Bank Muamalat; Encik Mohd Fadzli Abdul Mutalib, Pengurus Premier Banking Centre dan Puan Rosniza binti Zulkeply, Pegawai Perhubungan Kerajaan.


