16 September 2024 6:14 pm

Kunjungan hormat daripada Badan Pencegah Rasuah (ACA) Republik Uzbekistan

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menerima kunjungan hormat daripada Badan Pencegah Rasuah (ACA) Republik Uzbekistan pada 21 Ogos 2024 di Menara IIM, Kuala Lumpur. IIM telah diwakili oleh YBhg. Dato’ Seri Dr. Akhbar bin Satar, ahli Lembaga Pengarah IIM.

Delegasi dari ACA Republik Uzbekistan telah diketuai oleh Pengarah ACA Republik Uzbekistan, Tuan Yang Terutama Dr. Akmal Burkhanov dengan diiringi oleh Setiausaha Pertama Kedutaan Uzbekistan di Malaysia, Elbek Saidov.

Di dalam pertemuan ini, IIM telah berkongsi tentang produk-produk latihan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh IIM. Menerusi perbincangan tersebut, pihak ACA Republik Uzbekistan mengharapkan kerjasama IIM bagi melaksanakan Integrity Assessment Tools (IAT) dan Individual Integrity Profile (IIP).

Turut hadir dari ACA Republik Uzbekistan adalah Tuan Yang Terutama Jakhongir Shirinov (ahli Parlimen dan Pengerusi, Committee of the Legislative Chamber Oliy Majlis on Anti-Corruption and Judicial Affairs), Tuan Inoyat Shukurov (Timbalan Ketua Pertama Jabatan Menerangi Jenayah Ekonomi di bawah Pejabat Pendakwaraya, Tuan Sherzod Saparov (Ketua Inspektor Jabatan Aduan, Perhubungan Awam dan kerjasama Antarabangsa ACA) dan Tuan Shohruh Abdullaev selaku jurubahasa.

Manakala dari IIM, kunjungan hormat ini turut dihadiri oleh En. Mahummar Gadaffi Sorilaut bin Omar (Ketua Pegawai Sektor Korporat), En. Izal Arif bin Zahrudin (Ketua Pegawai Sektor Operasi), En. Mohd Hafizdi bin Che Md Akhir (Ketua Pegawai Sektor Strategi), Pn. Alice Suriati binti Mazlan (Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik dan Bitara) dan En Muhammad Syakir bin Che Mansor (Pegawai Khas di Pejabat KPE IIM).

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 79
JUMLAH PELAWAT : 196757

Pengiktirafan

Hubungi

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 16 September 2024

Skip to content