Institut Integriti Malaysia (IIM) telah melaksanakan “Internal Audit Training” bagi Sistem Pengurusan Anti-Rasuah (ABMS) bersama Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) pada 27 dan 28 Mei 2024. Sesi yang diadakan di Dewan Serbaguna Wisma Sumber Alam ini dihadiri oleh wakil-wakil Bahagian bagi PUSAKA .
Latihan ini bertujuan untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berkenaan kaedah pengauditan dalaman bagi Sistem Pengurusan Anti-Rasuah (ABMS).
Sesi ini telah dikendalikan oleh Cik Nur Atia Shahirah binti Mustapha dan Encik Muhamad Khairul Azmir bin Mohd Paiz, Konsultan Pusat Integriti Sektor Awam Institut Integriti Malaysia.





