Satu taklimat ringkas secara dalam talian telah disampaikan kepada Bahagian Integriti dan Pematuhan, UMP Holdings Sdn. Bhd. (UMPH) pada 18 September 2024 yang lalu oleh Encik Mohd Rais Ramli, Pengarah Pusat Integriti Sektor Perniagaan, Institut Integriti Malaysia.
Wakil UMPH yang hadir dalam sesi tersebut ialah Puan Noor’ Azita Ibrahim, Ketua Integriti dan Pematuhan; Puan Ismawarni Ismail, Puan Nur Amirah Fadhilah Mohd Suhaidi dan Puan Norshamimie Che Mud.
Tujuan taklimat ini adalah untuk memberikan pencerahan kepada UMPH mengenai CISM dan keperluannya berdasarkan Seksyen 17A Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.