Institut Integriti Malaysia (IIM) telah melaksanakan siri 2/2024 Latihan Do The Right Thing (DTRT) bersama Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) pada 30 Mei 2024. Sesi latihan yang diadakan di Alor Setar ini telah dihadiri oleh warga kerja BERNAS.
Objektif latihan ini adalah untuk mengaplikasikan konsep Do The Right Thing dalam menjalankan tugas serta memupuk potensi peserta menjadi warga kerja yang berintegriti dalam membudayakan amalan terbaik integriti di organisasi secara optimum.
Sesi latihan telah disampaikan oleh Puan Munah Abdul Aziz, Konsultan Pusat Integriti Sektor Awam dan Encik Ruben Raj Samuel, Penolong Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik dan Bitara, IIM.