8 September 2024 12:44 pm

Sesi Perbincangan Meja Bulat bagi Pembangunan Modul Integriti Keluarga

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah melaksanakan Sesi Perbincangan Meja Bulat bagi Pembangunan Modul Integriti Keluarga pada 23 April 2024 bertempat di Putrajaya.

Sesi ini turut dihadiri oleh wakil daripada pihak-pihak berkepentingan iaitu Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), dan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA).

Sesi ini diadakan untuk mendapatkan pandangan, idea dan maklum balas daripada agensi-agensi berkaitan berkenaan pembangunan kerangka modul integriti khusus bagi institusi keluarga sebagai usaha pembudayaan integriti berterusan di dalam komuniti masyarakat secara keseluruhan. Sesi ini juga telah berjaya mendapatkan beberapa cadangan penambahbaikan bagi pengukuhan elemen integriti terutama dalam pembinaan modul-modul berkaitan dengan kekeluargaaan.

Sesi RTD ini telah dipengerusikan oleh Pengarah Pusat Pembangunan Integriti Komuniti, Puan Zarina Mohamad Amin dan turut dihadiri pegawai-pegawai kanan IIM.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Latest News

  • All Post
  • News

Social Media

TODAY'S TOTAL : 87
NUMBER OF VISITORS : 194498

Recognition

Contact

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 8 September 2024

Skip to content