16 September 2024 6:16 pm

Sesi Perbincangan Libat Urus bersama Commerce Dot Com (CDC)

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan Sesi Perbincangan Libat Urus bersama Commerce Dot Com (CDC) pada 20 Ogos 2024 bertempat di Dewan Murni, IIM.

Sesi perbincangan ini memfokuskan mengenai ruang dan peluang kerjasama antara IIM dan CDC dalam penganjuran bersama program strategik yang memperkasakan agenda integriti dan pengamalan tata kelola terbaik dalam organisasi. Antara perancangan libat urus adalah penggubalan Modul Latihan Ethics & Integrity bagi pengguna e-Perolehan CDC.

Pada sesi ini juga, pelbagai perkongsian perkhidmatan telah dikongsikan seperti Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM) dan pendedahan manfaat pelaksanaan CISM dalam semua syarikat komersial. Turut dibincangkan, hasrat CDC berkolaborasi bersama IIM bagi penilaian tahap intergriti melalui Integrasi CISM dalam sistem e-Perolehan CDC.

Sesi Perbincangan Libat Urus telah dihadiri oleh En Izal Arif Zahrudin, Ketua Pegawai Operasi; Pn. Alice Suriati Mazlan, Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik dan Bitara; En Izyuandi Izham, Pegawai Undang-Undang dan En Fazly Noordin, Konsultan Pusat Pembangunan Integriti Komuniti.

Manakala CDC di wakili oleh En Hafidz Zehnun, Senior Vice President, Corporate Planning and Communications; Djuan Onn Abdul Rahman, Vice President, Corporate Communication & Marketing; Tg Ahmad Shah, Senior Manager, Corp. Governance & Risk Management; Nurilliana Shareen Zakaria, Manager Corporate Communication & Marketing, Corp Planning & CCM; Zaim Izkandar Zaini, Manager, Corporate Affairs; Noah Aswan Abdul Aziz & Aida Ilyana Ireland Mohar, PR & Events.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Latest News

  • All Post
  • News

Social Media

TODAY'S TOTAL : 79
NUMBER OF VISITORS : 196757

Recognition

Contact

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 16 September 2024

Skip to content