16 September 2024 6:14 pm

Sesi Perbincangan Libat Urus bersama ABAC Anti-bribery Anti-corruption Centre of Excellence

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan Sesi Perbincangan Libat Urus bersama ABAC Anti-bribery Anti-corruption Centre of Excellence pada 26 Ogos 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Menara IIM.

Sesi perbincangan ini memfokuskan mengenai ruang dan peluang kerjasama antara IIM dan ABAC dalam penganjuran bersama program strategik dan kolaborasi dalam agenda memperkasa integriti. Pada sesi libat urus ini juga, pelbagai perkongsian perkhidmatan telah dikongsikan oleh kedua-dua pihak dari IIM dan ABAC bagi melihat ruang dan peluang peningkatan potensi organisasi melalui kerjasama kedua-dua pihak.

Sesi Perbincangan Libat Urus telah dihadiri oleh En Izal Arif Zahrudin, Ketua Pegawai Sektor Operasi; En Mohd Hafizdi Che Md Akhir, Ketua Pegawai Sektor Strategi; En Mohd Rais Ramli, Pengarah Pusat Integriti Sektor Perniagaan; Puan Norliana binti Ali Akbar, Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Korporat dan En Abdul Rahman Abdullah, Konsultan Pusat Integriti Sektor Awam.

ABAC pula di wakili oleh Puan Nor Hidaya Aziz, Regional Strategy Manager APAC dan Cik Nor Safura Ja’afar, Brand and Marketing Manager APAC.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Latest News

  • All Post
  • News

Social Media

TODAY'S TOTAL : 79
NUMBER OF VISITORS : 196757

Recognition

Contact

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 16 September 2024

Skip to content