27 August 2024 3:24 pm

Sesi latihan fasa pertama produk baharu bersama Global Psytech Sdn. Bhd.

Dalam usaha untuk meningkatkan integriti dan tata kelola sektor kewangan, Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan rakan teknologi, Global Psytech Sdn. Bhd. telah mengadakan sesi latihan fasa pertama produk baharu pada 11 Julai 2024.

Instrumen yang berteraskan integriti kewangan ini bertujuan untuk membantu masyarakat dan agensi berkaitan kewangan dalam mengukur keupayaan kewangan dan mengurus risiko kewangan dengan lebih berkesan.

Sesi ini telah disampaikan oleh Dr. Haniza Yon, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Global Psytech dan dihadiri oleh pegawai-pegawai IIM yang diketuai oleh En. Izal Arif Zahrudin, Ketua Pegawai Operasi IIM. Turut hadir Pn Norliana Ali Akbar, Pengarah Pusat Integriti Kewangan dan Teknologi.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Latest News

  • All Post
  • News

Social Media

TODAY'S TOTAL : 286
NUMBER OF VISITORS : 190438

Recognition

Contact

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 27 August 2024

Skip to content