14 September 2024 2:25 am

Seminar Pembangunan Integriti Bersama Komuniti “Community Integrity Building” (CIB) Kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Pahang

Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang telah menganjurkan Seminar Pembangunan Integriti Bersama Komuniti “Community Integrity Building” (CIB) Kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Pahang pada 6 Ogos 2024 bertempat di Pahang Skills Development Centre.

Seminar ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Mohd Fakhruddin Mohd Ariff, Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar & Teknologi Hijau Negeri Pahang. Hadir sama YBrs. Tuan Haji Rahman Mohd Din, Ketua Pegawai Eksekutif, IIM; YBrs. Tuan Omran Omar, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan & Pembangunan, Jabatan Kerajaan Tempatan; YBrs. Dr. Rozaidi Abdul Rahim Razali, Ahli Lembaga Pengarah, IIM; YBrs. Tuan Mahadir Abdul Raffar, Pengarah Eksekutif, Pusat Pembangunan Kemahiran Pahang.

Seminar ini merupakan insiatif bagi memberi pendedahan khusus mengenai kelebihan dan manfaat program CIB sebagai salah satu mekanisme pembudayaan integriti secara komprehensif bagi meningkatkan tadbir urus penyampaian perkhidmatan terbaik antara PBT bersama komuniti setempat.

Sesi TED-Talk telah menampilkan Naib Canselor Universiti UCYP, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Muhammad Fauzi Mohd Zain yang telah mengupas topik bagaimana kerangka integriti merupakan aspek penting dalam membina komuniti sejahtera dan mampan khususnya dalam konteks di negeri Pahang.

Seminar ini telah mengumpulkan lebin dari 200 peserta yang terdiri daripada wakil-wakil Unit Integriti, Aduan & Komuniti melibatkan 11 PBT seluruh negeri Pahang; wakil-wakil agensi dan anak-anak syarikat negeri Pahang; wakil-wakil jawatankuasa penduduk sekitar Kuantan; dan ahli-ahli Majlis PBT.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Latest News

  • All Post
  • News

Social Media

TODAY'S TOTAL : 2
NUMBER OF VISITORS : 196527

Recognition

Contact

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 14 September 2024

Skip to content