Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan perjumpaan bersama Klik Nstp pada 5 Mac 2024 bertempat di NSTP Bangsar.
Pertemuan ini diadakan bagi membincangkan kerjasama bagi penyediaan sambutan dua dekad IIM yang akan diadakan April akan datang. Dalam pertemuan ini juga IIM turut memperkenalkan pelbagai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh IIM.
IIM telah diwakili oleh Encik Izal Arif bin Zahrudin, Ketua Pegawai Operasi; Encik Mohd Hafizdi bin Che Md Akhir Ketua Pegawai Strategi (T); Puan Norsheeda Din, Pengarah Bahagian Penerbitan dan Pengurusan Ilmu (BPI); dan Puan Nabilah Abd. Rahman, Penolong Pengarah BPI, manakala NSTP telah dihadiri oleh Puan Shamsul Niza Bt Shamsuddin, Head KLIK; dan Puan Syazwani Ghazali dari Jabatan Business Operations, Sales & Marketing Support.