24 November 2024 1:35 pm

Perbincangan bersama Jabatan Perhutanan Negeri Perlis

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan perbincangan bersama Jabatan Perhutanan Negeri Perlis yang dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Ag. Shafiee Ag. Ahmadni, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Perlis.

Pertemuan ini adalah bagi membincangkan kerjasama antara kedua-dua pihak dalam pelaksanaan program Legasi Integriti Khazanah Alam (LeIKA) pada 3 September 2024 bertempat di Jabatan Perhutanan Negeri Perlis.

Sesi perbincangan ini turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah dan Pengurus Hutan Taman Negeri dari Jabatan Perhutanan Negeri Perlis. Pihak IIM juga telah membuat tinjuan lokasi bersama pihak Ranger Perhutanan bertempat di empat (4) lokasi iaitu Taman Negeri Perlis Wang Kelian, Taman Negeri Gua Kelam, Taman Eko Rimba Bukit Ayer dan Taman Eko Rimba Bukit Kubu.

Kerjasama antara IIM dan Jabatan Perhutanan Negeri Perlis ini juga bakal mewujudkan medium advokasi baharu yang lebih holistik dan interaktif kearah pembudayaan integriti melalui penghargaan alam dan kepelbagaian diversiti.

IIM telah diwakili oleh Encik Khairul Aman selaku ketua program dan wakil Pengarah Pusat Pembangunan Integriti Insan dan Budaya dan Encik Abdul Rahim Ahmad Damanhuri selaku pelaksana program LeIKA.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Latest News

  • All Post
  • News

Social Media

TODAY'S TOTAL : 113
NUMBER OF VISITORS : 225128

Recognition

Contact

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 24 November 2024

Skip to content