30 October 2024 4:33 pm

Mesyuarat penutup sesi Audit Pensijilan semula (Recertification Audit)

YBhg. Datuk Nor Yahati binti Awang, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IIM telah mempengerusikan mesyuarat penutup sesi Audit Pensijilan semula (Recertification Audit) dan menyambut baik hasil penemuan audit serta cadangan penambahbaikan dari Juruaudit SIRIM QAS.

SIRIM QAS International Sdn Bhd telah melaksanakan sesi Audit Pensijilan Semula ke atas Institut Integriti Malaysia (IIM) dari 8 hingga 10 Januari 2024.

Tujuan Audit Pensijilan Semula ini ialah untuk menilai komitmen dan pematuhan berterusan IIM terhadap keperluan-keperluan piawaian MS ISO 9001:2015 (Quality Management System) dan MS ISO 37001:2016 (Anti Bribery Management System).

Audit ini telah diketuai oleh Puan Asiyah binti Haron (Ketua Audit ABMS) dan Encik Md Jaafar bin Md Jani (Ketua Audit QMS). Hasil penemuan audit juga mendapati tiada sebarang ketidakakuran dalam prosedur kerja di IIM.

Pengurusan Kanan IIM turut bersama dalam mesyuarat penutup sesi audit tersebut.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Latest News

  • All Post
  • News

Social Media

TODAY'S TOTAL : 354
NUMBER OF VISITORS : 212849

Recognition

Contact

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 30 October 2024

Skip to content