17 September 2024 4:29 am

Majlis Perhimpunan Bulanan IIM

YBrs. Tuan Haji Abdul Rahman Mohd Din, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menyempurnakan Majlis Perhimpunan Bulanan IIM pada 25 Julai 2024.

Pada perhimpunan kali ini, Tuan Haji KPE telah menitipkan nasihat kepada seluruh warga IIM untuk sentiasa mematuhi polisi-polisi dan peraturan yang melibatkan integriti dan tatakelola baik dalam melaksanakan tugasan.

Antara lain, beliau turut menegaskan amalan telus, akauntabiliti dan bertindak dengan kewajaran perlu diterapkan dalam pengurusan di IIM. Selain itu, beliau juga menggalakkan warga IIM untuk turut sama menerapkan amalan gaya hidup sihat dengan melibatkan diri dalam program dan aktiviti riadah anjuran IIM.

Seluruh warga kerja turut melafazkan Ikrar Integriti Korporat IIM sebagai tanda komitmen dalam melaksanakan tugas dengan lebih baik.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Latest News

  • All Post
  • News

Social Media

TODAY'S TOTAL : 3
NUMBER OF VISITORS : 196808

Recognition

Contact

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 17 September 2024

Skip to content