YBhg. Datuk Nor Yahati binti Awang, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IIM turut hadir ke Majlis Amanat Ketua Setiausaha Negara Tahun 2024 “Kitalah Benteng Malaysia” yang diadakan di Dewan De’ Seri Endon, Puspanitapuri, Putrajaya pada 13 Februari 2024.
Dalam sesi amanat tersebut, YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Ketua Setiausaha Negara telah memberikan penekanan kepada penjawat awam untuk bekerja secara berpasukan merentasi Kementerian/Jabatan/Agensi. Antara lain, beliau turut menekankan tentang Kepimpinan MADANI, Amalan kawal selia yang baik; Pendigitalan penyampaian perkhidmatan dan Promosi perkhidmatan secara strategik dan kreatif.
YBhg. Tan Sri KSN turut berkongsi berkenaan cabaran jurang dalam perkhidmatan awam meliputi aspek Modal Insan; Pelaksanaan Dasar & Penyampaian Perkhidmatan dan Aspek ‘Whole-of-Nation’ bagi tujuan penambahbaikan penyampaian perkhidmatan.