8 September 2024 11:54 am

Latihan Modul Integriti Penguat Kuasa Sarawak (MIPS) anjuran Unit Integriti Dan Ombudsman Sarawak, Jabatan Premier Sarawak

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah melaksanakan sesi Latihan Modul Integriti Penguat Kuasa Sarawak (MIPS) anjuran Unit Integriti Dan Ombudsman Sarawak, Jabatan Premier Sarawak pada 17 April 2024.

Latihan ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran terhadap etika dan integriti dalam kalangan pegawai penguat kuasa dalam mengekalkan reputasi agensi penguatkuasaan di Sarawak. Latihan MIPS ini juga mampu memangkin iltizam pegawai penguat kuasa agar tidak melibatkan diri dalam salah laku berkaitan integriti.

Sesi latihan yang diadakan di Bintulu, Sarawak ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai agensi penguatkuasa dibawah Jabatan Premier Sarawak. Latihan ini telah disampaikan oleh Puan Munah Abdul Aziz dan dibantu oleh Puan Nurul Shafinas Mohd Daud, Konsultan Pusat Integriti Sektor Awam, IIM.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Latest News

  • All Post
  • News

Social Media

TODAY'S TOTAL : 76
NUMBER OF VISITORS : 194487

Recognition

Contact

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 8 September 2024

Skip to content