Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menyampaikan ceramah bertajuk Integriti Juruaudit untuk peserta Latihan Ketua Juruaudit NIOSHCert 2024 bagi ISO 45001:2018 Occupational Health & Safety Management System pada 24 April 2024.
Ceramah yang telah disampaikan oleh Pn. Maisyarah Binti Mansoruddin, Timbalan Pengarah Bahagian Audit Dalam dan Governans secara atas talian ini bertujuan untuk memperkasakan nilai-nilai integriti dan etika kerja. Antara lain bertujuan untuk meningkatkan kefahaman serta penghayatan peserta Program Ketua Juruaudit NIOSHCert terhadap nilai etika dan integriti seiring dengan tanggungjawab dan akauntabiliti mereka sebagai Juruaudit.